fbpx
Penguat kuasa DBKL melakukan pemantauan dalam Operasi Korekan Jalan Awam Siri 4/2026, baru-baru ini. FACEBOOK DBKL

DBKL keluar 11 kompaun, kontraktor ingkar SOP korek jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan sebanyak 11 notis kompaun terhadap enam kontraktor pembinaan menerusi Operasi Korekan Jalan Awam di sekitar ibu negara baru-baru ini.

DBKL berkata, operasi itu dilakukan bermula pada pukul 10.30 malam, Jumaat hingga 3.30 pagi kelmarin di Jalan Kerinchi Bangsar, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Segambut dan Jalan Raja Muda, Titiwangsa.

Katanya, pemantauan dan pemeriksaan dijalankan bagi menilai kerja pembaikan atau penyelenggaraan yang dilakukan kontraktor termasuk pemasangan paip, penurapan jalan, pembaikan saluran longkang serta kerja utiliti seperti pemasangan atau penyelenggaraan bekalan air, elektrik dan talian telekomunikasi.

“Hasil pemeriksaan di lapan lokasi yang dipantau, sebanyak 11 notis kompaun dikeluarkan atas enam kontraktor yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Antara kesalahan dikesan adalah tidak meletakkan lampu amaran (blinker), menyebabkan kerosakan siar kaki jalan, menutup laluan jalan tanpa kebenaran, lori tiada permit mengangkut bahan binaan dan mengotorkan laluan awam,” katany dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, dua kompaun diambil mengikut Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 manakala sembilan lagi kompaun di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Pihak DBKL akan meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklum balas boleh disalurkan menerusi pautan https://adukl.dbkl.gov.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI