fbpx
Gambar hiasan.

Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi ditutup hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi ditutup hari ini kepada orang ramai susulan situasi keselamatan serantau yang sedang berlaku.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh pihak kedutaan menerusi satu notis dimuat naik pada Facebook hari ini.

“Sehubungan itu, perkhidmatan konsular secara bersemuka tidak akan disediakan.
“Bagaimanapun, pasukan konsular masih boleh dihubungi melalui e-mel dan telefon bagi memberikan nasihat dan bantuan,” menurut notis yang dikongsikan hari ini.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular lanjut boleh menghubungi talian +971 50 614 6894 atau e-mel [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI