fbpx
Kim Jong-un - AFP

Korea Utara kecam serangan AS, Israel ke atas Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PYONGYANG – Korea Utara mengutuk serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang berterusan ke atas Iran sebagai ‘tindakan pencerobohan haram’, serta mendakwa bahawa ia menunjukkan sifat ‘penyangak’ Washington.

“Kempen ketenteraan terhadap Iran oleh kedua-dua sekutu itu merupakan tindakan pencerobohan haram dan bentuk pelanggaran kedaulatan yang paling keji dari A hingga Z,” kata jurucakap Kementerian Luar Korea Utara dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita KCNA.

“DPRK mengutuk dengan nada sekeras-kerasnya tindakan penyangak AS dan Israel yang tidak tahu malu,” kata pegawai itu, menggunakan inisial untuk nama rasmi Korea Utara.

Pyongyang berkata, AS dan Israel memilih untuk menyalahgunakan kekuatan ketenteraan untuk merealisasikan cita-cita mereka yang mementingkan diri sendiri dan hegemoni.

Korea Utara dan AS merupakan seteru lama tetapi Washington telah meningkatkan usaha untuk menghidupkan semula rundingan peringkat tinggi dengan Pyongyang dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Ia menyasarkan sidang kemuncak yang berpotensi di antara Presiden AS, Donald Trump dan pemipin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un tahun ini.

Selepas mengabaikan tawaran tersebut selama berbulan-bulan, Jong-un berkata minggu ini bahawa kedua-dua negara boleh bersepakat jika Washington menerima status nuklear Pyongyang. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN