fbpx
Poster yang dimuat naik oleh PHM di laman Facebook.

Jangan telan ubat dengan susu, kopi atau teh – PHM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ramai individu mengambil mudah dengan menelan ubat bersama susu, kopi atau teh tanpa menyedari kesannya terhadap rawatan.

Menurut Public Health Malaysia (PHM), tabiat itu boleh menyebabkan sesetengah ubat kurang diserap dalam badan, sekali gus menjejaskan keberkesanannya.

Jelasnya, susu mengandungi kalsium yang boleh ‘mengikat’ antibiotik tertentu seperti tetracycline dan ciprofloxacin, menjadikan ubat sukar diserap.

Teh pula mengandungi tannin yang boleh mengurangkan penyerapan zat besi jika diambil serentak.

Dalam masa sama, kopi yang mengandungi kafein boleh meningkatkan rasa berdebar dan gelisah apabila digabungkan dengan ubat tertentu seperti theophylline atau ubat selesema yang mempunyai bahan perangsang.

“Prinsip paling selamat, telan ubat dengan air kosong,” katanya.

PHM juga menasihatkan orang ramai menyemak label atau bertanya kepada ahli farmasi sekiranya tidak pasti cara pengambilan ubat yang betul.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN