fbpx
SEORANG penunggang basikal menyaksikan peluru berpandu Iran jatuh di ruang udara Dubai semalam. - AFP

Letupan baharu gegar Dubai, Doha, Manama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBAI – Letupan baharu kedengaran di beberapa bandar utama negara Teluk termasuk Dubai, Doha dan Manama pagi hari ini selepas Iran melancarkan serangan tindak balas terhadap operasi kententeraan Amerika Syarikat (AS) bersama Israel di rantau itu. 

Wartawan AFP melaporkan bunyi letupan kedengaran di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Doha di Qatar serta Manama di Bahrain, di mana siren kecemasan diaktifkan. 

Letupan terbaharu itu muncul selepas serangan maut Iran yang menyasarkan ibu negara UAE, Abu Dhabi termasuk pangkalan tentera dan kemudahan infrastruktur di seluruh Teluk kecuali Oman yang menjadi pengantara. 

Serangan itu menimbulkan kebimbangan akan berlakunya konflik yang lebih meluas di rantau tersebut yang sekian lama dianggap sebagai tempat amat dan selamat di tengah-tengah pergolakan di Asia Barat.

Kementerian Pertahanan UAE berkata, Iran melancarkan 137 peluru berpandu dan 209 dron ke wilayah negara itu, menyebabkan kebakaran serta kepulan asap kelihatan berhampiran mercu tanda terkenal seperti Burj Al Arab dan Palm Jumeirah. 

Lapangan terbang Dubai dan Abu Dhabi turut melaporkan beberapa insiden, dengan seorang individu terbunuh. 

Lapangan terbang Kuwait turut dilaporkan terkena serangan. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN