fbpx
Gambar hiasan.

RM3,075 dividen kalau caruman KWSP ada RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terima RM3,075 dividen jika caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada RM50,000.

Itu jumlah yang bakal diterima pencarum berdasarkan kadar dividen 6.15 peratus yang diumumkan bagi tahun kewangan 2025 untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah.

Mengikut pengiraan dividen terhadap caruman individu, setiap RM100,000 simpanan melayakkan pencarum memperoleh sekitar RM6,150.

Sementara itu, bagi mereka yang mempunyai RM500,000 dalam akaun boleh menikmati sehingga RM30,750 dividen bagi tahun ini.

Berdasarkan kiraan menggunakan kadar 6.15 peratus itu juga, ia menjadikan pencarum yang mempunyai simpanan RM1 juta boleh menerima lebih RM60,000 dividen untuk setahun.

Terdahulu, secara keseluruhannya KWSP mengumumkan jumlah agihan bagi tahun ini mencecah RM79.6 bilion dengan aset pelaburan meningkat kepada RM1.409 trilion.

Bagaimanapun, jumlah sebenar yang dikreditkan adalah tertakluk kepada pengiraan rasmi dan baki simpanan individu masing-masing.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN