fbpx
CITY memiliki rekod pertemuan yang agak seimbang bertemu Real apabila meraih lima kemenangan dalam 11 pertemuan. - AFP

UCL: Man. City tidak gentar berdepan Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola sedia untuk ‘berperang’ sekali lagi dengan jaguh Sepanyol, Real Madrid selepas diundi bertemu pada pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi semalam.

Sejak 2018, The Citizens sudah berdepan Real sebanyak 11 kali termasuk empat musim berturut-turut di peringkat kalah mati.

Daripada 11 pertemuan tersebut, Guardiola membantu City mencatat lima kemenangan termasuk kemenangan terbaru pada Disember lalu dalam aksi peringkat kumpulan.

Menurut Guardiola, pertembungan dengan The Galacticos boleh dianggap seperti ‘buku bertemu ruas’ memandangkan pasukannya berpotensi tersingkir awal kali ini.

“Kelab kami sedang belajar dan sentiasa berkembang apabila menentang pasukan terbaik dalam sejarah pertandingan UCL seperti Real.

“Lebih banyak anda bermain menentang yang berkualiti, lebih banyak anda belajar dan menjadi lebih baik pada masa depan,” kata Guardiola.

Sementara itu, Guardiola turut menganggap City berdepan cabaran tambahan apabila beberapa beberapa pemain utama yang beragama Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

“Mereka mengikuti tradisi agama dan kami mempunyai pakar nutrisi yang menyesuaikan keperluan pasukan. Mereka sudah biasa bermain dalam tempoh ini dan tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN