AMPANG JAYA – Dua lelaki ditahan selepas dipercayai memiliki bahan terlarang dalam serbuan di sebuah restoran di Medan Selera AU2, Taman Keramat di sini awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, tangkapan ke atas dua suspek itu dilakukan sepasukan anggota dari Balai Polis Hulu Kelang pada pukul 5.30 pagi.
Katanya, pihaknya merampas bahan disyaki cecair mitragynine sebanyak 6,900 mililiter serta bahan sama seberat 400 gram. Suspek warga Thailand berusia 33 dan 36 tahun itu bekerja di sebuah restoran makanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu dituduh di Mahkamah Ampang di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE














