fbpx
Zulqarnain (kanan) ketika mengumumkan kadar dividen KWSP hari ini.

Dividen KWSP 6.15 peratus untuk Simpanan Shariah, Konvensional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional bagi tahun 2025.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, jumlah agihan bagi Simpanan Shariah melibatkan RM12.5 bilion, dan RM67.1 billion bagi Simpanan Konvensional.

Berbanding tahun 2024, KWSP memberikan dividen 6.3 peratus bagi kedua-dua Simpanan Shariah dan Konvensional, melibatkan jumlah agihan keseluruhan RM73.24 bilion.

Kadar dividen tertinggi pernah diberikan KWSP adalah 8.5 peratus, dari tahun 1983 hingga 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN