fbpx
ROHALIZA (dua dari kiri) diiringi pegawai SPRM selepas tamat prosiding di Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini.

Penolong akauntan didakwa pecah amanah lebih RM416,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seorang penolong akauntan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan jumlah keseluruhan RM416,503.91 antara tahun 2020 hingga 2024.

Tertuduh, Rohaliza Roais, 37, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi.

Mengikut pertuduhan pertama, wanita itu yang ketika kejadian bertugas sebagai Pengurus Akaun sebuah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Perlis didakwa secara tidak jujur menggunakan wang berjumlah RM116,299.61 dengan melanggar arahan Prosedur Kualiti (PK-PA-03) iaitu sistem merekod penerimaan tunai di PPK berkenaan sekitar tahun 2020.

Bagi pertuduhan kedua hingga kelima, Rohaliza didakwa melakukan perbuatan sama di lokasi sama membabitkan wang masing-masing berjumlah RM83,207.60 pada 2021, RM86,890.20 (2022), RM87,369.75 (2023) dan RM42,736.75 (2024).

Sehubungan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM Perlis pada 1 haribulan setiap bulan, menyerahkan pasport serta pas sempadan kepada mahkamah, manakala 31 Mac depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN