fbpx
Jaffri (dua dari kanan) menyerahkan cenderamata kepada Inspektor Sub Division 9 Polis Diraja Marin Thailand, Leftenan Kolonel Polis Paradon Sawasdee (dua dari kiri) sempena pertemuan di laut (RV) di atas Bot Pelindung 5 PPM Langkawi di perairan Ko Pratmana semalam.

Ada yang pilih waktu sahur, berbuka untuk seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Pasukan Polis Marin (PPM) memaklumkan antara modus operandi pihak penyeludup adalah melakukan jenayah tersebut ketika waktu sahur dan berbuka.

Komander PPM Wilayah 1 Pulau Pinang, Asisten Komisioner Jaffri Bidin berkata, bagaimanapun pihaknya akan kekal berwaspada bagi memastikan keselamatan perairan negara.

“Sebanyak 18 aset PPM Langkawi akan digerakkan sepanjang Ramadan sehingga Aidilfitri nanti bagi mengekang aktiviti jenayah di laut,” katanya selepas menghadiri pertemuan di laut (RV) bersama Polis Marin Diraja Thailand di sini.

Pada masa sama, belia memaklumkan PPM merekodkan rampasan bernilai lebih RM10.34 juta melibatkan 624 kes jenayah di sini pada tahun lalu melibatkan dadah, rokok seludup, barang kawalan, vesel serta barangan lain yang menyalahi undang-undang.

“Kejayaan itu termasuk tangkapan melibatkan penyeludupan rentas sempadan dan rampasan barang kawalan yang cuba diseludup masuk atau ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata, pertemuan yang berlangsung di perairan Ko Pratmana (Pulau Brasmana), Thailand itu turut membincangkan kerjasama dua negara bagi membanteras kegiatan jenayah rentas negara dengan memperkukuh jaringan perkongsian maklumat antara kedua-dua agensi.

Tambahnya, sebanyak 18 aset PPM Langkawi akan digerakkan sepanjang Ramadan sehingga Aidilfitri nanti bagi mengekang aktiviti jenayah di laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI