PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan empat anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi membantu siasatan.
Keempat-empat mereka ialah Asnida Abdul Daim, Md. Wira Dani Abdul Daim, Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim.
SPRM berkata, alamat terakhir Asnida ialah di No. 6, Lot 545, Lorong Pelangi Pagi, D Country Heights, Kajang, Selangor.
Menurut SPRM, Md. Wira Dani pula mempunyai alamat terakhir di No. 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Klang, manakala Muhammed Amir dan Muhammed Amin masing-masing beralamat di No. 6 Persiaran Bukit Tunku, Kuala Lumpur,” katanya.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Mohamad Daeem Mohd. Ali di talian 017-9127217 atau e-mel kepada [email protected].
Bagaimanapun, suruhanjaya tersebut tidak memperincikan butiran kes yang disiasat. – KOSMO! ONLINE














