fbpx
PGA rampas mesin proses plastik, bijian RM2.432 juta. - Foto IHSAN PGA

PGA rampas mesin proses plastik, bijian RM2.432 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang pemilik kilang ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi serbuan Op Taring Alpha 5 selepas dipercayai menjalankan aktiviti pemprosesan sisa plastik tanpa kelulusan pihak berkuasa di Sungai Lembu, Bukit Mertajam di sini, baru-baru ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12.15 tengah hari, Selalu lalu, pelbagai mesin memproses plastik serta ratusan guni mengandungi plastik dan bijian belum diproses bernilai kira-kira RM2.432 juta turut dirampas.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, siasatan awal mendapati premis berkenaan beroperasi sejak tahun lalu dan mendapatkan bekalan daripada beberapa kilang semikonduktor di kawasan sekitar.

“Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an dipercayai pemilik premis turut ditahan bagi membantu siasatan.

Kes diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pencemaran alam sekitar atau
pengendalian buangan terjadual tanpa lesen diminta menyalurkan maklumat kepada Briged Utara PGA bagi tindakan segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN