fbpx
ABDUL RASHID (tiga dari kiri) ketika menyerahkan buku cenderamata kepada Md. Amin di UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di Tanjung Malim, hari ini.

UPSI rakan strategik baharu Proton perkasa ekosistem BEV negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan kerjasama strategik dengan Proton bagi mempromosikan ekosistem kenderaan elektrik bateri (BEV) serta teknologi kenderaan tenaga baharu (NEV) di negara ini.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, kerjasama itu fokus kepada potensi sinergi antara industri automotif nasional selaras dengan komitmen UPSI untuk mengintegrasikan teknologi hijau dalam kurikulum serta ekosistem universiti.

“Antara objektif utama usahasama yang dibincangkan ialah cadangan mewujudkan pusat pembelajaran dan demonstrasi EV pertama di instisusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini dan pembangunan modul pendidikan asas BEV.

“Selain itu, penyediaan latihan praktikal berkaitan teknologi e.MAS, serta peningkatan kesedaran awam terhadap teknologi BEV nasional,” katanya di Tanjung Malim hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Datuk Abdul Rashid Musa berkata institusi pendidikan tinggi berpotensi sebagai rakan strategik penting dalam mempercepat pembangunan ekosistem mobiliti elektrik negara.

“Kami bercadang mewujudkan konsep Industry in Campus dan Proton Training Center @ UPSI sebagai platform kolaborasi jangka panjang merangkumi pembangunan zon pameran dan promosi teknologi e.MAS (tech-showcase), penubuhan EV Community Awareness and Learning Center, pelaksanaan program Training of Trainers oleh felo perunding Proton.

“Ia membabitkan aspek keselamatan, diagnostik dan perkhidmatan selepas jualan, serta penubuhan pusat latihan bagi program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN