fbpx
UNITED memiliki kelebihan tidak beraksi dalam mana-mana saingan lain ketika ini membolehkan mereka fokus untuk saingan EPL. - AFP

EPL: Man. United ada peluang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Manchester United kini semakin hampir mengejar kedudukan pasukan di tangga ketiga, Aston Villa selepas kemenangan 1-0 diraih menentang Everton kelmarin.

Pengkritik bola sepak England, Jamie Carragher percaya United mampu mengesahkan tempat mereka ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim depan, sementara seorang lagi pengulas, Gary Neville yakin bekas pasukannya mampu mengakhiri musim di kedudukan ketiga.

Kemenangan yang diraih kelmarin menyaksikan skuad kendalian Michael Carrick berjaya melonjak ke tempat keempat dan hanya ketinggalan tiga mata di belakang Villa sekali gus membuka peluang mereka terus memperbaiki kedudukan.

Ketika ini, selain United tiga lagi pasukan, Villa, Chelsea dan Liverpool turut bersaing untuk merebut lima slot ke UCL ketika Arsenal dan Manchester City sudah hampir pasti mengesahkan tempat.

“Secara tidak rasmi saya fikir Manchester United sudah hampir pasti dapat ke UCL musim depan sekiranya berjaya mengekalkan prestasi.

“Aston Villa tercicir mata sejak beberapa perlawanan lalu dan aksi pentas Eropah yang mereka masih sertai ketika ini menyebabkan mereka berdepan masalah kepenatan dan kecederaan pemain.

“Liverpool dan Chelsea juga masih beraksi di UCL dan Piala FA, mereka pastinya mahu melakukan yang terbaik untuk ke separuh akhir atau final sekurang-kurangnya dalam satu perlawanan menyebabkan tumpuan mereka di liga sedikit terjejas.

“Situasi itu memberi kelebihan buat United yang hanya fokus untuk aksi liga selain mereka mendapat rehat yang lebih apabila tidak terlibat dengan mana-mana saingan kecuali EPL sahaja,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN