fbpx
ZII JIA

Kehadiran Zii Jia beri kelebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEPUTUSAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk menyertai skuad badminton kebangsaan ke Piala Thomas 2026 dianggap sebagai satu kelebihan buat Malaysia.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Kebangsaan, Kenneth Jonassen gembira dengan keputusan Zii Jia yang disifatkan memberi banyak pilihan untuk membentuk barisan pemain.

Katanya, pengalaman luas dimiliki bekas juara All England itu mampu memberikan tonik buat pasukan negara dalam misi untuk menamatkan kemarau kejuaraan lebih tiga dekad pada saingan Piala Thomas.

“Pertama sekali, saya sangat gembira dan teruja untuk mengalu-alukan kehadirannya dalam pasukan. Dia akan datang dengan membawa banyak pengalaman dan beri lebih banyak pilihan untuk perseorangan,” katanya.

Zii Jia menyatakan persetujuan untuk menerima jemputan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menyertai skuad Piala Thomas dengan mengetepikan bayaran hak imej.

Keadaan itu menjadi bukti pemain berusia 28 tahun itu cukup komited untuk bersama rakan sepasukan bagi membantu Malaysia membawa pulang trofi berprestij itu ke tanah air.

Sementara itu, Jonassen juga menjelaskan, pintu buat pemain-pemain lain masih belum tertutup memandangkan beliau akan membuat penilaian terhadap prestasi masing-masing dalam tempoh lima minggu akan datang.

“Saya masih akan memantau prestasi setiap pemain untuk tempoh lima minggu akan datang, begitu juga dengan kedudukan ranking mereka. Apa yang penting sekarang adalah pemain bebas daripada kecederaan,” ujarnya.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia muncul juara saingan Piala Thomas adalah pada edisi 1992 yang berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur selepas menewaskan Indonesia 3-2 di perlawanan akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN