ALOR SETAR – Bandar raya Alor Setar bagaikan dilanda musim bunga apabila lebih 200 pokok tekoma atau popular dipanggil sebagai ‘sakura Kedah’ kembali mekar di beberapa lokasi sejak minggu lalu. Tinjauan Kosmo! mendapati bunga daripada pokok tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia rosea merimbun antaranya di Jalan Langgar, Jalan Suka Menanti dan Jalan Kuala Kedah. Penduduk Kepala Batas, Noor Azrina Azhar, 38, berkata, dia menyedari bunga sakura Kedah itu mekar kira-kira tiga hari lalu dan terpesona setiap kali melalui jalan yang…














