JAKARTA – Sebuah sekolah pondok di daerah Dukuh Jati, Kecamatan Krangkreng, Kabutan Indramayu, Indonesia dikesan melakukan solat tarawih 23 rakaat hanya dalan masa enam minit.
Satu klip video tular di media sosial itu menunjukkan para jemaah menunaikan solat sunat tarawih 23 rakaat hanya dalam masa enam minit dalam keadaan kelam-kabut di sebuah masjid.
Kejadian berlaku di Pondok Pesantren Al-Qur’aniyah daerah Dukuh Jati itu turut menunjukkan jemaah lelaki dan Wanita tidak solat berjemaah semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @detikjabar dan @indramayuinfo menunjukkan orang ramai mengikuti solat tarawih dengan melakukan gerakan-gerakan amat pantas.
Dalam satu temubual Ketua Yayasan Pondok Pesantren Al-Qur’aniyah, KH Azub Mauzun menjelaskan, bahawa amalan tersebut merupakan tradisi turun-temurun yang telah dipertahankan oleh pihak Pesantren sejak hampir 17 tahun lalu.
“Walaupun dilakukan dengan pantas, rukun-rukun solat tetap dipatuhi dan bacaan ayat al-quran masih mengekalkan hukum tajwid yang betul.
“Kami menggunakan surah-surah yang pendek daripada Juz Amma, “ katanya.
Bagi jemaah tetap Akilah, 26, dia merasa lebih selesa kerana mempunyai lebih masa untuk melakukan aktiviti lain selepas solat. – KOSMO! ONLINE
@detikjabar Ramadan selalu menghadirkan warna tersendiri di setiap daerah. Di Pondok Pesantren Al-Qur’aniyah, Desa Dukuh Jati, Kecamatan Krangkeng, Kabupaten Indramayu, suasana tarawih terasa berbeda dari kebanyakan tempat. Jika umumnya salat tarawih berlangsung hampir satu jam, di pesantren ini 23 rakaat dapat dituntaskan hanya dalam waktu sekitar enam menit. Tradisi tarawih dengan tempo cepat tersebut telah dijaga selama sekitar 17 tahun dan menjadi agenda khas setiap bulan suci. Meski berlangsung singkat, pihak pesantren memastikan seluruh rukun dan gerakan salat tetap dijalankan sesuai syariat. Simak selengkapnya dalam video ini! #detikjabar #tarawih #tarawihkilat #indramayu ♬ original sound – detikjabar














