fbpx
Seorang warga emas maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan berhampiran Masjid Ibadur Rahman, Kepala Batas pagi tadi. Foto IHSAN JBPM

Warga emas maut tersepit bawah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal dan sebuah lori berhampiran Masjid Ibadur Rahman, Taman Abdullah Fahim, Kepala Batas, di sini pagi tadi.

Abdul Mutalib Che Mat, 63, yang menunggang motosikal jenis Honda Dash disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di tayar bahagian hadapan lori.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.24 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa didapati tersepit di bawah lori dan anggota kemudiannya menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

“Pemandu lori berusia 59 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala seorang lagi penunggang motosikal berusia 61 tahun yang cedera di bahagian lutut diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN