GUA MUSANG – Seorang tukang masak yang mengusahakan tanaman anggur Tasmania di kawasan rumahnya di Taman Wangsa Mewangi di sini, berkongsi hasil tuaian secara percuma kepada orang ramai sejak dua tahun lalu. Anggur Tasmania merupakan varieti anggur liar yang popular di Malaysia kerana boleh ditanam di rumah, bersesuaian dengan iklim tropika dan mudah berbuah. Berbeza dengan anggur komersial, varieti Tasmania bersaiz kecil dan mempunyai rasa masam manis. Azizul Rahman Hamzah, 50, berkata, minat menanam anggur bermula ketika pandemik Covid-19 apabila…














