fbpx
Kejadian kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Persiaran Senawang 2, berhampiran Family Store, di sini pagi tadi. FOTO/NUR SHARIEZA ISMAIL

Peniaga jagung, pemandu Viva maut nahas tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang lelaki warga emas maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Persiaran Senawang 2, berhampiran Family Store, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun dalam perjalanan dari Taman Desa Dahlia menghala ke Taman Anggerik dipercayai hilang kawalan.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kenderaan tersebut terbabas sebelum melanggar bahagian belakang sebuah Toyota Unser yang berhenti dibahu jalan kerana mengalami kerosakan.

” Rempuhan itu menyebabkan kenderaan berkenaan melanggar pemiliknya, seorang lelaki berumur 64 tahun, yang ketika itu berada di hadapan kereta tersebut. Akibat pelanggaran berkenaan, Toyota Unser itu turut bergerak ke hadapan lalu melanggar sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi yang diparkir tanpa pemandu.

“Seorang mangsa yang bekerja sebagai peniaga jagung mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, pemandu Perodua Viva yang turut cedera parah telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian setelah menerima rawatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN