fbpx
Teresa membuat laporan di Balai Polis TTDI berhubung kes pecah kenderaannya di Taman Persekutuan Bukit Kiara semalam.

Kereta Teresa Kok kena pecah, tunai RM2,000 hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kerugian RM2,000 selepas kenderaan miliknya dipecah dalam kejadian di Taman Persekutuan Bukit Kiara, di sini selama.

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 6.15 petang berlaku ketika beliau pergi berjoging sejurus selepas hujan lebat berhenti.

“Apabila saya kembali ke kereta pada pukul 7 malam, saya mendapati cermin tingkap di bahagian penumpang hadapan telah dipecahkan. Beg tangan saya yang diletakkan di ruang kaki tempat duduk tersebut juga telah hilang.

“Saya hilang kira-kira RM2,000 tunai dan wang angpau, selain kehilangan kad pengenalan serta pelbagai kad kredit dan dokumen penting yang lain,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, Teresa memaklumkan bahawa beliau terus membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

“Pegawai polis yang bertugas mengendalikan laporan saya dengan sangat profesional. Selepas laporan awal dibuat, Pegawai Penyiasat Encik Guna, datang untuk mengambil kenyataan saya.

“Unit forensik juga tiba tidak lama kemudian untuk mengambil gambar serta kesan cap jari pada kenderaan saya. Saya hanya meninggalkan balai polis kira-kira pukul 9.30 malam,” ujarnya.

Justeru, Teresa berharap agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dapat memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat letak kereta Taman Persekutuan Bukit Kiara demi memudahkan siasatan polis terhadap jenayah yang berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI