fbpx
Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki memakai kostum ikan duyung di depan gerai air balang di Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Jaheaik cari ‘duyung’ lelaki promosi air balang, permit jualan ditarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) akan memanggil seorang lelaki yang memakai kostum ikan duyung semasa mempromosikan air balang di depan sebuah gerai yang dipercayai di Pengkalan Chepa di sini baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd. Asri Mat Daud berkata, perkara itu sudah dalam tindakan bahagian penguatkuasaan Jaheaik.

“Jadi, Jaheaik akan memanggil lelaki itu dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, pihaknya sudah menarik permit jualan air balang yang dijual oleh peniaga di gerai berkenaan.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan juga mengeluarkan kompaun kepada pemilik gerai berkenaan semalam.

“Siasatan awal mendapati, premis berkenaan tidak beroperasi semasa bulan Ramadan. Video tersebut dirakam sebelum puasa, namun ia tular ketika bulan Ramadan.

“Video itu juga dipercayai dipadam selepas ia tular di media sosial,” ujarnya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, tular media sosial memaparkan video seorang lelaki memakai kostum ikan duyung semasa mempromosikan air balang di depan sebuah gerai yang dipercayai di Pengkalan Chepa di sini.

Video berdurasi kurang daripada 30 saat itu tular di media sosial terutamanya Facebook menunjukkan lelaki tersebut berjoget-joget dengan memakai kostum ikan duyung berwarna pelangi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN