fbpx
Menu kambing panggang yang diolah menjadi salah satu hidangan premium yang menjadi kesukaan tetamu berbuka puasa di Hilton KL bulan Ramadan kali ini.

Juadah premium jadi pilihan pelanggan berbuka puasa di Hilton KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hilton Kuala Lumpur (Hilton KL) menawarkan hampir 200 menu berbuka puasa pada bulan Ramadan kali ini bertemakan, Jamuan Penuh Makna, Raikan Detik Bersama, yang juadah  tradisi yang dihargai selama ini dan menu yang bercita rasa moden untuk menawarkan satu pengalaman unik buat tetamunya.

Berkonsepkan mahu  meraikan warisan kulinari Malaysia yang kaya sambil mengangkat inspirasi kontemporari dan mengundang  tetamu untuk meraikan kesyukuran, hubungan, dan komuniti melalui hidangan membolehkan hotel ini menjadi pilihan warga kota serta pelanggan daripada syarikat korporat, berkeluarga dan juga individu.

Bertempat di restoran Vasco yang disokong oleh kehadiran cef berpengalaman para pekerjanya menyambut dengan sebaiknya tetamu yang melangkah masuk untuk menikmati hidangan lazat berbuka puasa.

Setiap segmen hidangan dihias indah untuk menaikkan selera tetamu selain alunan lagu-lagu tradisional  dan moden menyemarakkan lagi suasana santapan di restoran tersebut.

Tetamu pastinya akan rambang mata sebaik melangkah ke restoran berkenaan kerana segala juadah yang disediakan nampak menyelerakan, jika tidak sabar mengikut nafsu lapar mahu penuh meja dipenuhi dengan pelbagai hidangan.

Tetamu boleh memiliki menu klasik seperti golden snapper otak-otak dengan salad buah passion, urap daging pekasam buatan sendiri, dan salad mangga muda dengan kekapis kering yang menyegarkan.

Bagi juadah premium pula, tetamu boleh merasai Oceanic Bounty on Ice dan ikan siakap pan-seared hingga ke Ketam Bunga Masak Lemak Nenas.

Menu lain pula adalah kari kepala ikan golden snapper, shawarma Lebanon, kekapis bakar dengan cili halia bawang putih, bolognese wagyu Australia, murtabak angus, gear box kambing dan  Royale caesar reef lobster caesar salad yang mewah.

Di stesen ukiran pula, tetamu boleh memilih  kambing Australia halal panggang keseluruhan dengan chermoula Maghribi, rusa timorensis panggang perlahan selama enam jam, dan kegemaran ramai lambassador smoked paprika beef shank.

Bagi pencuci mulut pula adalah pelbagai jenis baklava, sajian durian  kegemaran seperti éclair, crêpe, dan serawa pulut durian musang king dan juga durian tempura.

Selain itu, Hilton KL kini memasuki tahun ketiga dengan pelancaran inisiatif Ramadan lestari bertujuan untuk mengurangkan pembaziran makanan.

Melalui inisiatif tersebut, pihak hotel telah memperkenalkan inovasi terbaharu iaitu keropok citarasa laut yang mana keropok rangup keemasan ini dihasilkan daripada kulit makanan laut yang dikitar semula, dibersihkan dengan teliti, dipanggang, dikeringkan, dan digiling menjadi serbuk berperisa sebelum digaul bersama tepung ubi kayu, ketumbar, sos tiram, dan lada putih.

Doh kemudian dikukus, dihiris, dan digoreng ringan untuk menghasilkan kerangupan yang halus.

Lebih daripada sekadar snek perayaan, Keropok Citarasa Laut menekankan komitmen berterusan hotel terhadap kelestarian melalui pengeluaran berskala kecil, stesen hidangan langsung yang diperluas, bahan tempatan, serta pengurusan sisa yang bertanggungjawab bagi membuktikan bahawa inovasi bermakna boleh menjadi lazat dan unik Malaysia. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI