fbpx
Gambar hiasan.

Empat penyamun tabung masjid Seksyen 7 diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Tindakan jahat empat lelaki dipercayai melarikan tabung Masjid Seksyen 7, di sini awal pagi Ramadan keempat membawa padah apabila mereka kini diburu polis.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi, semalam dengan kesemua suspek dipercayai menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza berwarna perak dengan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 10.36 pagi hari sama daripada seorang pengawal keselamatan masjid berusia lingkungan 30an.

“Siasatan awal mendapati masjid berkenaan dilengkapi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV). Polis akan mendapatkan rakaman tersebut daripada pihak pengurusan masjid untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan dan memberkas kesemua suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd. Minazuddin Md. Noor di talian 013-2236697 atau Ibu Pejabat Polis Daerah ini di talian 03-55202222 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN