fbpx
HAIKAL dan Hon Jian berdepan tugas sulit untuk mengejutkan pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada aksi pembukaan Terbuka Jerman nanti.

Haikal, Hon Jian tekad tamatkan badi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Nazri memburu aksi lebih baik bumi Eropah dengan misi utama menamatkan badi tersingkir awal apabila turun beraksi di Kejohanan Badminton Terbuka Jerman yang membuka tirainya esok.

Haikal yang bergandingan dengan Choong Hon Jian mahu bangkit daripada episod duka selepas terkandas awal dalam tiga kejohanan berturut-turut iaitu di Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Masters Indonesia, baru-baru ini.

Pemain kelahiran Kelantan itu mendedahkan prestasinya sebelum ini merudum ekoran siri kecederaan panjang sehingga memaksanya mengambil enam suntikan bagi menahan sakit demi karier di atas gelanggang.

Meskipun kini sudah bebas daripada belenggu kecederaan, Haikal tetap mengambil pendekatan waspada bagi memastikan fizikalnya berada pada tahap terbaik sepanjang mengharungi jelajah Eropah kali ini.

“Fokus utama saya sekarang bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi yang paling penting adalah mengelak kecederaan daripada berulang. Saya mahu melepasi rintangan pertama terlebih dahulu di Jerman,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Siri kecederaan sebelum ini nyata memberi tamparan hebat buat Haikal apabila ranking dunianya menjunam daripada kedudukan ke-18 ke tangga ke-50 dunia, sekali gus merencat momentum kebangkitannya.

“Kecederaan memang sangat mengganggu momentum kami. Rasa fobia itu tetap ada, jadi setiap kali masuk ke gelanggang, saya akan sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada kecederaan kerana saya benar-benar tidak mahu melaluinya lagi,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN