fbpx
Anggota bomba memadam kebakaran empat buah rumah di Kepala Batas, hari ini.

Rumah terbakar ketika sahur, 21 penghuni hilang tempat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seramai 21 penghuni daripada empat buah rumah hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Permatang Kerai, Kepala Batas di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.06 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dengan dibantu BBP Butterworth, BBP Tasek Gelugor dan BBP Sungai Bakar dikejarkan ke lokasi bagi melaksanakan operasi pemadaman.

“Sebanyak empat buah rumah terbakar dengan setiap satunya musnah kira-kira 80 peratus. Api merebak dengan pantas kerana kedudukan rumah terletak berdekatan antara satu sama lain. Kebakaran turut memusnahkan dua buah kereta dan lima buah motosikal,” katanya.

Pihak bomba berdepan kesukaran untuk memadamkan api ekoran tekanan air yang rendah namun ia berjaya diatasi. Api dapat dikawal pada pukul 6.56 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.32 pagi.

Seramai tiga penghuni terjejas bagi rumah pertama, manakala rumah kedua (lima penghuni), rumah tiga (tujuh penghuni) dan rumah keempat (enam penghuni).-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI