fbpx
MOHAMED KHALED menyampaikan bantuan persekolahan kepada salah seorang murid sempena Program Back To School Parlimen Pasir Gudang di Dewan Muafakat Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

Jawatankuasa khas ditubuh siasat kematian Indiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi menyiasat kematian seorang anggota tentera yang sedang mengikuti kursus kru Armor Kelas 1 di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang, kelmarin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu diambil bagi menyiasat secara menyeluruh berhubung kematian Truper K. Indiran, 22.

“Saya difahamkan bedah siasat baru dibuat pagi ini bagi mengetahui punca sebenar kematian. Setakat ini tiada unsur buli penderaan dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan kematian anggota tersebut.

“Kita akan buat (jawatankuasa khas) bagi melakukan siasatan dalaman dan menyeluruh,”katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Back To School Parlimen Pasir Gudang di Dewan Muafakat Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 200 murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Parlimen Pasir Gudang menerima sumbangan itu.

Terdahulu, pada 18 Februari lalu, Indiran yang sedang mengikuti kursus kru Armor di Kem Batu 10, Kuantan ditemukan tidak sedarkan diri oleh rakannya sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Pahang.

Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia sehari kemudian ketika menerima rawatan.

Sementara itu, keluarga mendiang meminta orang ramai menghentikan spekulasi tentang kematian anak mereka.

Ibunya, S. Usha, 52, dilaporkan berkata, dia menolak segala andaian yang mengaitkan kematian anaknya itu akibat dibuli atau penderaan hingga mencemarkan nama baik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebaliknya kata Usha, hasil bedah siasat yang dijalankan semalam mendapati tiada bentuk kecederaan fizikal yang dialami anak sulung daripada empat beradik itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI