fbpx
Alif Muhaimin merupakan antara selebriti tempatan yang mengutamakan gaya hidup sihat terutama pada bulan Ramadan. - Media Mulia/MOHD. HAIKAL ISA

Bulan puasa bukan penghalang Alif Muhaimin terus cergas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BULAN Ramadan bukan bermaksud segala aktiviti riadah atau senaman perlu ternoktah begitu sahaja. Misalnya, buat mereka yang gemarkan sukan larian, berpuasa juga memberikan dampak buat tubuh andai senaman dipraktikkan cara yang betul. 

Ringkasnya, ikut timing & jaga intensiti. Itulah yang diamalkan pelakon yang juga duta Under Armour Malaysia — Alif Muhaimin. 

Bintang telefilem Penaklukan Syaitan itu tidak menjadikan Ramadan sebagai penghalang buat dirinya untuk kekal aktif dalam dunia kecergasan. 

Alif, 32, atau nama sebenarnya Alif Muhaimin Abdul Rahman menjadikan Velociti Elite 3 sebagai kasut sukan sebagai pilihan utama terutama ketika di trek larian. 

“Velociti Elite 3 macam booster untuk saya boleh lari extra miles. Kasut ini best dan ia pernah digunakan oleh pelari maraton ulung dunia, Sharon Lokedi ketika memenangi Boston Marathon edisi ke-129 tahun lalu. 

“Bila saya pakai kasut ini rasa macam ‘hantu’ Sharon tu masuk dalam badan. Memang laju rasa macam kena rasuk. Kalu kita lari, rasa macam sekejap sahaja kemudian dah habis (larian),” katanya kepada Kosmo! Online pada acara UA Velociti Run Lab Series di AMP Cafe, Ampang di sini baru-baru ini. 

Terkenal sebagai selebriti yang mengamalkan gaya hidup sihat, Alif berkata, Elite 3 sangat sesuai buat pelari jarak jauh yang menumpukan kepada larian berjarak 3,000 meter ke atas, termasuk maraton (42.195km). 

“Kasut ini ada karbon plate di bawah tapak. Jadi, kalau lari terutama long run, memang akan jimatkan banyak tenaga,” katanya lagi. 

Alif yang merupakan juara Hero Remaja 2017 kini dalam misi melunaskan #GetFitRamadhan yang dikongsikan setiap hari menerusi laman sosialnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN