fbpx
AHMAD (tengah) memotong riben sebagai simbolik Majlis Serahan Siap Kerja Program Rumah Sejahtera KKDW di Kampung Baru Parit Lapis Sayang Benut, Pontian, hari ini. Foto MUHAMMAD ZIKRI

UMNO tidak boleh terima terus bekas ahli Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Bahagian UMNO tidak boleh menerima terus keahlian daripada bekas-bekas ahli Bersatu sekiranya mereka berminat untuk menjadi ahli parti itu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, keputusan penyertaan mereka hanya boleh diputuskan dalam MKT UMNO sama ada menolak atau sebaliknya.

Katanya, beliau selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor akan menyuarakan perkara tersebut pada MKT UMNO yang akan diadakan pada 26 Februari ini di Kuala Lumpur.

“Kita mengalu-alukan sekiranya mereka berminat untuk menyertai UMNO, namun perlu membuat permohonan kepada Ibu Pejabat UMNO dan keputusan terletak ditangan MKT,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serahan Siap Kerja Program Rumah Sejahtera Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Kampung Baru Parit Lapis Sayang Benut di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 11 bahagian Bersatu Johor telah mengumumkan pembubaran bahagian masing-masing susulan krisis dalaman parti yang melanda ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN