PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan hari ini melibatkan beberapa daerah di Sabah.
Menurut infografik yang dikeluarkan di laman sesawang MetMalaysia, cuaca buruk itu melibatkan Sandakan (Beluran) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran tahap waspada susulan hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan lain di negeri tersebut.
Kawasan terlibat bagi tahap waspada adalah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Sandakan) serta Kudat (Kudat).
Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran petir, hujan lebat dan angin kencang di Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) sehingga pukul 12 tengah hari ini.
“Di Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan). – KOSMO! ONLINE














