fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh @Kojima_ayumu di laman Threads.

‘Bangun sahur ada yang datang menyinggah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial terkejut apabila mendapati seekor haiwan bermata besar bertenggek di bahagian siling parkir rumahnya ketika bangun untuk bersahur.

“Bangun-bangun sahur terkejut ada yang datang menyinggah,” ujar @Kojima_ayumu di laman Threads.

Bagaimanapun, seorang pengguna lain, @Shahdnial, menjelaskan di ruangan komen bahawa haiwan itu ialah Nycticebus coucang, yang lebih dikenali sebagai Sunda Slow Loris atau Greater Slow Loris dan dalam bahasa Melayu dipanggil kera duku atau Kongkang.

Menurutnya, Kongkang merupakan sejenis primat nokturnal yang aktif pada waktu malam dan sering ditemui di kawasan hutan Asia Tenggara dan merupakan satu-satunya primat di dunia yang mempunyai bisa.

“Haiwan ini menghasilkan cecair berminyak daripada kelenjar di bahagian siku yang dipanggil brachial gland. Apabila terancam, ia akan menjilat cecair tersebut dan mencampurkannya dengan air liur, lalu menghasilkan bisa yang mampu membunuh serangga serta haiwan kecil,” ujarnya.

Dia turut menasihati orang ramai supaya tidak menyentuh atau cuba menangkap haiwan liar ini jika terserempak dengannya, sebaliknya menghubungi pihak berkuasa hidupan liar untuk tindakan lanjut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI