fbpx
MARTINEZ berdepan masalah kecederaan ketika turun menentang Bodo/Glimt awal pagi semalam dan terpaksa diketepikan. - AFP

UCL: Inter terima kejutan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BODO – Gergasi Serie A, Inter Milan berdepan kejutan paling hebat selepas tewas 1-3 pada aksi playoff pertama Liga Juara-Juara menentang wakil Norway, Bodo/Glimt awal pagi semalam.

Beraksi di atas padang rumput tiruan benar-benar memberi kesukaran buat skuad kendalian Christian Chivu apabila terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-20 sebelum berjaya menyamakan kedudukan kira-kira 10 minit kemudian.

Bagaimanapun, babak kedua menyaksikan gagal menyekat keghairahan tuan rumah mendapatkan gol apabila mereka bolos dua kali dalam tempoh empat minit bermula minit ke-61.

Chivu mengakui para pemain telah memberikan segala-galanya, namun enggan menyalahkan keadaan padang sebagai punca kekalahan biarpun mengakui Inter tidak selesa beraksi di atas permukaan tersebut.

“Kami telah mencuba beraksi dengan baik di atas padang seperti ini, ia bukanlah alasan dan saya tidak akan menyalahkan para pemain.

“Bodo/Glimt adalah pasukan yang dibentuk untuk beraksi di permukaan seperti itu, jadi sudah pasti ia memberikan mereka kelebihan. Namun, kami masih mempunyai peluang pada aksi kedua di San Siro nanti,” jelasnya.

Tambahnya, Inter perlu lebih bersedia untuk aksi kedua nanti selepas Bodo/Glimt dilihat memiliki kekuatan menerusi serangan balas pantas.

Dalam pada itu, Chivu turut mendedahkan bahawa Inter mungkin kehilangan khidmat penggempur utama, Lautaro Martinez yang berdepan isu kecederaan yang agak serius pada perlawanan itu.

“Saya fikir kami terpaksa mengetepikannya buat seketika. Dia mengalami kecederaan yang agak serius, namun kami perlu membuat penelitian bersama pasukan perubatan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN