fbpx
Bangkai pesawat selepas terhempas di bandar Camarillo, negeri California baru-baru ini. - X

Pesawat terhempas dalam longkang besar  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CAMARILLO, CALIFORNIA – Sekurang-kurangnya dua orang cedera selepas pesawat ringan dinaiki mereka terhempas berhampiran sebuah kawasan perumahan di negeri California, lapor portal berita NBC Los Angeles. 

Pesawat enjin tunggal itu terhempas di kawasan longkang besar di belakang kediaman di bandar Camarillo, daerah Ventura, baru-baru ini. 

Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan daripada pesawat dan dibawa ke hospital selepas cedera parah, demikian menurut Jabatan Bomba Ventura County. 

Pihak berkuasa mengesahkan tiada rumah atau harta awam lain yang terjejas. 

“Tiada kebakaran dilaporkan dan jumlah bahan api yang tinggal di dalam pesawat masih belum dapat dipastikan,” kata pihak berkuasa.

Data laman penjejakan penerbangan menunjukkan pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Las Vegas sebelum pukul 4.30 petang (waktu tempatan), Ahad lalu. 

Ia terhempas kira-kira 1 jam 40 minit selepas berlepas. 

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN