KEJAYAAN Muhammad Azeem Fahmi memperbaharui rekod kebangsaan dalam dewan mungkin mencetuskan keterujaan, namun di sebalik sensasi itu terselit persoalan lebih besar sama ada sistem pembangunan pecut negara sudah benar-benar berada di landasan paling optimum? Dalam suasana prestasi individu semakin menyerlah, perbincangan mengenai model latihan berpusat kembali menjadi topik utama, khususnya kesinambungan bakat seperti Azeem dan kemunculan generasi baharu diketuai Danish Iftikhar Muhammad Roslee. Bekas jurulatih Azeem, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah berkata, asas penting untuk melonjakkan kem pecut bukan sekadar……














