fbpx
FAHMI (tengah) menerima replika kunci sebagai gimik konvoi daripada Suhaimi sempena majlis Pelancaran Jelajah Ramadan Edisi ke 14 di Pasar Tani Kekal Jalan Datin Halimah, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Tiada manusia sempurna, saya, PM, Rafizi, Azam tidak ‘perfect’ – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Masyarakat di dalam dunia dilahirkan tidak sempurna termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Justeru, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil menyeru semua pihak untuk bermuhasabah terutama diri masing-masing sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

Bagaimanapun katanya, rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun seperti tertakluk dalam Perlembagaan termasuk menghadiri Himpunan Tangkap Azam Baki di ibu negara, semalam.

“Dia (Datuk Seri Rafizi Ramli) ada hak untuk berhimpun, memang semua rakyat ada hak itu. Difahamkan, 150 hingga 200 orang hadir perhimpunan tersebut dan tidak berlaku apa-apa insiden yang mencemaskan atau mengganggu keselamatan.

“Tiada mana-mana badan atau orang yang ‘perfect’ (sempurna), saya tidak ‘perfect’, Perdana Menteri tidak ‘perfect’, Rafizi tidak ‘perfect’ begitu juga Azam Baki. Tetapi Ramadan mengajar kita untuk bermuhasabah kelebihan dan kelemahan diri.

“Jadi saya harap Rafizi juga bermuhasabah sama seperti saya juga,” katanya ketika ditanya tentang penglibatan bekas Menteri Ekonomi itu dalam Himpunan Tangkap Azam Baki pada Majlis Pelancaran Jelajah Ramadan RTM 2026 di Pasar Tani Kekal Jalan Datin Halimah, di sini hari ini.

Menteri Komunikasi itu berkata, penghargaan tetap perlu diberikan kepada Azam kerana mengambil tindakan tegas terhadap golongan perasuah dan kartel jenayah termasuk sindiket pengubahan wang haram dan penyeludupan dadah.

“We must give credit where credit is due,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, parti tersebut belum berbincang berhubung tindakan disiplin terhadap bekas Timbalan Presiden susulan beberapa kenyataan yang mengkritik kerajaan.

“Perkara ini kita serahkan kepada jawatankuasa parti, tetapi Setiausaha Agung belum maklumkan menerima sebarang aduan,” ujarnya.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata Himpunan Tangkap Azam Baki yang berlangsung di hadapan pusat beli-belah SOGO di Kuala Lumpur itu berlangsung tanpa sebarang provokasi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN