fbpx
Tangkap layar video menunjukkan salah seorang lelaki mencabut rambutnya lalu diletakkan di dalam stik. - Kennedy News and Media

Pelanggan letak rambut dalam stik, helah makan ‘free’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Dua pelanggan dirakam sengaja meletakkan rambut ke dalam hidangan stik sebagai helah untuk mengelak daripada membayar bil berjumlah £165 (RM880) di sebuah restoran di Britain, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di The Dial di Burton-on-Trent, timur Staffordshire. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan salah seorang pelanggan lelaki mencabut beberapa helai rambutnya lalu diletakkan di atas stik sebelum membuat aduan. 

Pengurus The Dial, Jez Hives berkata, pasangan itu memesan makanan yang mahal termasuk stik, kentang goreng, bawang dan koktel dengan keseluruhan bil mencecah £165. 

“Mereka enggan membayar bil tersebut dan mendakwa terdapat rambut di dalam stik, menyebabkan mereka hilang selera untuk menikmati hidangan.

“Mereka juga melontarkan kata-kata kesat dan bersikap agresif kepada pekerja kami sebelum meninggalkan premis tanpa membuat bayaran,” kata Hives. 

Helah itu bagaimanapun terbongkar selepas Hives memeriksa rakaman CCTV premis berkenaan pada keesokan hari. 

Dia menambah, rakaman CCTV itu dimuat naik di media sosial untuk memberi amaran kepada perniagaan tempatan yang lain tentang tingkah laku kedua-dua pelanggan terbabit. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN