fbpx
Anggota penguat kuasa AADK memeriksa lokasi penemuan jarum suntikan dadah di Pantai Kubang Badak, Kuala Nerus hari ini.

Bukan port dadah, ombak bawa jarum suntikan heroin ke Pantai Kubang Badak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Siasatan awal Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu percaya beberapa jarum suntikan dadah jenis heroin yang dijumpai semalam terdampar di Pantai Kubang Badak di sini akibat dibawa arus ombak.

Pengarah AADK Terengganu Arzmi Abdullah berkata, pemeriksaan mendapati jarum-jarum suntikan yang dijumpai di pantai peranginan tersebut dalam keadaan lusuh dan bukan baharu digunakan.

“Sehubungan itu, kita tidak tolak kemungkinan jarum suntikan dadah berkenaan digunakan penagih dalam kalangan nelayan atau pengunjung pulau-pulau berhampiran.

“Ia kemudiannya dihanyutkan arus laut di pesisir Pantai Kubang Badak,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan pengunjung Pantai Kubang Badak digemparkan dengan penemuan banyak jarum suntikan di pesisir pantai berkenaan.

Berdasarkan gambar yang tular di media sosial, jarum suntikan terbabit biasanya digunakan dalam kalangan penagih dadah jenis heroin.

Arzmi berkata, pemerhatian awal juga tidak menjumpai apa-apa petunjuk telah dijadikan lokasi penagihan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI