fbpx
ANWAR pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina bersama warga Tambun di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Khantan Bharu, di Tambun, Ipoh hari ini.

Anwar nafi beri tumpuan kepada kaum tertentu sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan hanya memberi tumpuan kepada kaum tertentu sahaja sepanjang mentadbir negara ini.

Menurutnya, tugas sebagai seorang pemimpin memerlukan beliau wajib menjaga kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

“Kerajaan akan terus membantu komuniti di seluruh negara secara adil dan saksama. Pemimpin negara mesti jaga semua. Tidak boleh pilih kasih. Semua rakyat berhak dibela.

“Semangat perpaduan yang sedia terjalin ketika ini perlu terus diperkukuh dengan sikap saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain demi memastikan Malaysia kekal aman dan stabil,” katanya di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Khantan Bharu di Tambun, Ipoh hari ini.

Beliau berkata sedemikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina bersama warga Tambun.

Katanya lagi, negara ini terkenal dengan perpaduan rakyat berbilang kaum yang terus menjadi asas kekuatan yang mesti dipelihara bagi menjamin kestabilan serta kemakmuran.

“Malaysia sebagai sebuah keluarga besar yang dihuni pelbagai kaum, budaya dan agama perlu hidup dalam suasana saling menghormati dan harmoni.

“Keamanan dan kestabilan negara adalah syarat utama untuk memastikan pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat dapat dinikmati bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN