fbpx
Faris (kanan) melihat rakannya yang diselamatkan olehnya selepas lemas di Pantai Pasir Hitam, Ayer Hangat, Langkawi.

Atlet pelayaran terjun laut selamatkan rakan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Nekad tidak mahu meninggalkan rakan yang lemas, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terjun ke dalam laut bagi menyelamatkan rakannya di Pantai Pasir Hitam, Ayer Hangat di sini hari ini.

Faris Danish Zulfadli, 12, berkata, semasa kejadian, dia bersama rakannya, Iskandar Zulhaqem Zailkepli, 10, baru sahaja selesai latihan berlari bagi merentas desa di sekitar pantai itu.

Faris yang juga atlet pelayaran memberitahu, mereka berehat di batuan yang ada di tepi pantai tersebut sebelum rakannya itu secara tiba-tiba jatuh ke dalam laut.

“Pada mulanya saya tidak berani untuk turun ke laut kerana saya tahu bahaya kepada saya untuk selamatkan dia.

“Tetapi saya berfikir saya tidak mahu meninggalkan kawan begitu sahaja jadi saya buka kasut dan terus terjun ke dalam air,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, mangsa lemas tersebut dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, di sini sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar bagi rawatan seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI