DALAM budaya Cina, Tahun Kuda melambangkan tenaga, semangat bebas, keberanian dan ketangkasan. Bersempena semangat itu, Keith Kee Couture menyambut Tahun Baharu Cina 2026 dengan koleksi Musim Bunga/Panas bertemakan Galloping in Blossoms. Peragaan ini dipersembahkan dengan penuh kemegahan dan glamor kepada lebih 200 tetamu di Le Meridien Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Dalam kolaborasi eksklusif bersama peruncit barang kemas terkemuka Malaysia, Poh Kong Jewellers, majlis tersebut menampilkan 30 set pakaian lengkap yang memukau. Koleksi ini merangkumi ceongsam semikoktel yang bergaya, pakaian……














