AKTOR kacak bertubuh sasa ini memang suka tayang badan baik dalam filem mahupun media sosialnya. Namun, kebelakangan ini Vidyut dilihat gemar berkongsi konten berbogel dalam akaun media sosial.
Sebelum ini dia pernah berkongsi melakukan aktiviti luar seperti mandi sungai tanpa seurat benang.
Terbaharu dia sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar memanjat pokok sambil berbogel.
Apabila ditanya pihak media tentang perlakuannya yang seakan sengaja mengundang kontroversi, Vidyut berkata, dia sudah lama melalukan aktiviti ‘outdoor’ sambil berbogel.
“Bukan benda baharu, sudah 14 tahun saya selesa begini.
“Namun, baru sekarang saya kongsi dalam media sosial. Kehidupan saya sebagai pelakon sering dilimpahi dengan kemewahan.
‘Saya hanya mengambil masa selama 20 hari dalam setahun untuk bermeditasi bersama alam di hutan,” katanya.














