fbpx
Intan meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak seolah-olah mempertikaikan usahanya menyediakan hidangan buat keluarga.

‘Ramai pandang rendah, kata saya ramai ‘pembantu’ di dapur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hanya kerana mempunyai ramai pembantu, pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak seolah-olah mempertikaikan usahanya menyediakan hidangan buat keluarga.

Tegas Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, keberadaan pembantu di dapur tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk memandang rendah terhadap kesungguhan seorang wanita dalam menguruskan rumah tangga.

“Baca komen dekat bawah ini ramai wanita memandang rendah terhadap saya, mengatakan saya ada ramai pembantu di dapur jadi ‘bukanlah perkara besar’.

“Ya, memang saya ada bantuan tapi saya tak pernah menghakimi orang yang tak memasak di rumah sebab saya tahu memang penat nak kemas dan masak sendiri.

“Tapi tolong jangan cakap perkara seperti tak adalah usaha sangat,” katanya dalam Threads.

Malah, pelakon drama Jesnita itu menjelaskan bahawa bantuan yang diterima tidak sesekali melenyapkan keikhlasan di sebalik setiap hidangan yang disediakan.

“Meskipun sekecil mana pun, tetap satu usaha daripada seorang wanita untuk suami dan keluarganya.

“Setiap orang ada usaha masing-masing dan usaha saya tak terbatal hanya kerana saya ada sokongan,” jelasnya lagi.

Kenyataan tersebut dibuat selepas seorang netizen memuji sikap Intan yang sering meluangkan masa di dapur.

Namun, ada segelintir yang kurang senang dengan perkara tersebut dan mengatakan Intan mampu berbuat demikian atas pertolongan pembantu rumah.

Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada Ogos 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara yang kini berusia setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI