fbpx
Seorang polis bantuan antara dua individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan membuang sisa pepejal, iaitu puntung rokok, di tempat awam bukan di dalam tong sampah yang disediakan. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

Polis bantuan buang puntung rokok didenda RM600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang polis bantuan didenda RM600 dan diperintah menjalani khidmat masyarakat selama enam jam oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah membuang puntung rokok, di tempat awam bukan di dalam tong sampah yang disediakan.

Mohd Hashim Mohd Nor, 37, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam. Hakim turut menetapkan 14 hari penjara sekiranya OKS gagal membayar denda berkenaan.

Kes tersebut merupakan pendakwaan pertama di negeri ini di bawah Seksyen 77A Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007(Akta 672).

Mengikut pertuduhan, Mohd Hashim didakwa membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok di tempat awam atau jalan awam, bukan di dalam bekas yang diperuntukkan bagi pembuangan sisa pepejal, di siar kaki hadapan Terminal Bas Nilai kira-kira pukul 11.30 pagi, 4 Januari lalu. Pertuduhan dikemukakan di bawah subseksyen 77A(1) Akta 672.

Dalam prosiding berasingan, Herrykurniawan, 25, didakwa atas kesalahan sama iaitu membuang puntung rokok di tepi longkang hadapan Klinik Syifa Cawangan Nilai, Jalan BBN 1/7 D Putra Indah kira-kira pukul 1.01 pagi, 1 Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI