fbpx
HAALAND muncul wira City apabila meledak gol kemenangan di saat akhir untuk menewaskan Liverpool kelmarin. - AFP

Haaland mula temui sentuhan penyudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Penyerang Manchester City, Erling Haaland tetap positif dan tidak berputus asa dengan peluang mereka untuk terus mencabar takhta kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

The Citizens berpeluang merapatkan jurang perbezaan kepada tiga mata dengan pasukan pendahulu, Arsenal sekiranya menewaskan Fulham pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad awal pagi esok.

Haaland seolah-olah memberikan amaran kepada The Gunners bahawa City masih mampu memintas kedudukan teratas liga apabila menyifatkan saingan belum tamat selagi musim belum melabuhkan tirainya.

“Kami mendapat tambahan tiga mata ketika menang ke atas Liverpool dan ia sangat penting. Bagi saya, tidak kisah siapa lawan, sama ada Liverpool ataupun Tottenham, asalkan kami catat kemenangan.

“Semua orang pernah lihat sendiri perebutan takhta liga belum beraksi seandainya saingan liga masih berlangsung. Sekarang kami perlu berehat dan kembali fokus kepada aksi menentang Fulham,” katanya.

Sementara itu, dia juga sedia untuk kembali mendapatkan sentuhan terbaik di depan gol selepas berdepan aksi tidak menentu sejak penghujung Disember lalu selain menyifatkan ia berpunca daripada faktor kepenatan.

“Memang saya akui sedikit bergelut untuk menjaringkan gol sejak memasuki tahun 2026. Saya sentiasa bekerja keras kerana pasukan amat memerlukan jaringan, jadi saya perlu kekal cergas bagi membantu rakan-rakan,” ujar Haaland. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN