fbpx
Tangkap layar hantaran Abbe Hae di Facebook.

Abbe Hae rayu pemimpin bantu orang susah sebelum dia datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktivis masyarakat, Abbe Hae, menggesa pemimpin tempatan tanpa mengira fahaman dan parti politik agar segera turun padang mencari dan membantu seorang insan teraniaya di jajahan Pasir Mas, Kelantan, sebelum beliau sendiri bertindak turun ke lokasi.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Abbe Hae menegaskan bahawa isu kemanusiaan tidak seharusnya dijadikan bahan perbalahan politik atau medan menuding jari di media sosial, sebaliknya perlu diselesaikan dengan tindakan segera di lapangan.

“Mohon pemimpin tempatan tanpa mengira fahaman dan ideologi politik untuk bertindak dengan kadar segera dan cari insan teraniaya yang abbe maksudkan,” tulisnya.

Menurut Abbe, walaupun isu melibatkan “Pak Mail” sebelum ini telah selesai, masih terdapat satu lagi kes yang hampir sama di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas, yang sehingga kini belum mendapat penyelesaian.

Beliau turut merayu kepada orang ramai agar menghentikan pergaduhan di media sosial dan memberi keutamaan kepada usaha membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

“Tidak akan selesai masalah jika kita saling bergaduh antara satu sama lain. Allah SWT jadikan kita untuk berkasih sayang dan saling membantu,” katanya.

Dalam hantaran sama, Abbe Hea memberi bayangan bahawa beliau tidak akan berdiam diri sekiranya isu tersebut terus dibiarkan tanpa tindakan pihak berwajib.

“Sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat, maka abbe terpaksa terjah bersama pasukan Pertubuhan Jejak Jalanan,” katanya.

Abbe Hea turut memaklumkan akan berlepas ke Kelantan seawal pagi esok, sekali gus dilihat sebagai satu peringatan terbuka kepada pihak berkaitan agar segera turun padang sebelum keadaan menjadi lebih tular.

Hantaran itu disertakan gambar seorang warga emas dalam keadaan uzur yang dikenali Pak Mail turut, mengundang reaksi simpati netizen yang rata-ratanya menyokong gesaan Abbe Hea agar isu kemanusiaan ditangani tanpa mengira kepentingan politik.

Ramai netizen turut berharap pemimpin setempat segera tampil mencari dan membantu insan teraniaya itu, sekali gus menyelesaikan isu berkenaan sebelum Abbe Hea sendiri tiba di lokasi.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI