fbpx
Tangkap layar seorang lelaki didakwa menyamar sebagai sami bagi tujuan meminta derma di kawasan tumpuan pelancong asing.

Lelaki menyamar sami mintak duit depan Bangunan Sultan Abdul Samad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai menyamar sebagai sami disyaki bertujuan mengutip derma dengan menyasarkan pelancong asing di kawasan tumpuan ibu negara.

Kegiatan itu berjaya dirakam oleh pengunjung tempatan di pekarangan Bangunan Sultan Abdul Samad, di sini baru-baru ini.

Menerusi klip video dimuat naik di laman Instagram @recordingsoon, kelihatan ‘sami’ berkenaan didakwa mendekati beberapa pelancong asing sambil meminta sejumlah wang.

Bagaimanapun, individu terbabit dilihat beredar dari kawasan berkenaan setelah didekati pengunjung tempatan yang bertanyakan mengenai kegiatannya.

“Helo, kamu datang dari mana, dari kuil mana? Kenapa kamu jadi sangat gugup apabila saya rakam kamu? Adakah kamu datang dari China dan kemudian buat penipuan seperti ini?” soal lelaki tempatan itu.

Bagaimanapun, sami itu menafikan meminta duit daripada pelancong asing dan mendakwa keberadaannya di kawasan tersebut hanya secara kebetulan.

Hantaran tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang menyifatkan bahawa aktiviti meminta derma di kawasan tumpuan negara semakin membimbangkan.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tolong ambil tindakan segera,” ujar seorang pengguna.

“Kenapa pihak berkuasa masih tidak ambil tindakan tentang perkara ini,” ujar seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI