fbpx
Tangkap layar rakaman tersebut yang tular di media sosial.

[VIDEO] Penunggang terpelanting gara-gara pintu kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan sebuah kereta tiba-tiba membuka pintu ketika berada di atas jalan raya yang sesak sehinga menyebabkan kemalangan mendapat kecaman ramai.

Melalui sebuah video yang tular di media sosial, kejadian tersebut berlaku di bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi rakaman itu kelihatan sebuah motosikal gagal mengelak pintu kenderaan berkenaan yang tiba-tiba terbuka luas.

Kejadian itu menyebabkan motosikal itu melanggar pintu kereta tersebut kemudian terjatuh sebelum dirempuh oleh sebuah lagi motosikal yang berada di bahagian belakang.

Difahamkan, anak kepada pemandu tersebut dikatakan telah membuka pintu tersebut tanpa disedari pemandunya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan pemandu yang dikatakan tidak menggunakan fungsi ‘child lock’ semasa anaknya berada di bahagian penumpang di dalam kereta berkenaan.

“Sebenarnya ramai ibu bapa yang bawa kereta tak tahu ada fungsi child lock di pintu belakang,” kata Gina.

“Kena guna child lock, biar kunci dari dalam nak bukak kena dari luar. Kadang-kadang ada yang tua pun tak tahu tengok belakang sebelum buka pintu, main terjah saja,” kata Iqram.

“Aku dah kena dah, anak dia buka pintu mengejut nasib baik aku bawa perlahan sebab menyelit dekat lampu isyarat,” kata Hamdan.

“Jadi pengajaran juga kepada penunggang kalau menyelit kena lebih berhati-hati,” kata Ishak.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN