fbpx
Gambar hiasan

Cuaca cerah hampir seluruh negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorlogi (MetMalaysia) melaporkan paparan gema radar di  sekitar Semenanjung menunjukkan keadaan cuaca cerah di kebanyakan tempat pada hari ini.

Bagaimanapun kata MetMalaysia, hujan renyai kini berlaku di bahagian pedalaman negeri Kelantan yang dijangka beransur reda dalam sedikit masa lagi.

“Keadaan sama juga dapat diperhatikan di bahagian Sabah dan Sarawak di mana keadaan hujan sedang berlaku di sekitar bahagian persisiran pantai di bahagian tengah Sarawak yang dijangka boleh memasuki kawasan daratan menjelang lewat pagi nanti.

“Bagi ramalan cuaca sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan masih boleh berlaku terutamanya di bahagian barat semenanjung seperti di bahagian pedalaman Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” kata MetMalaysia dalam laporan cuaca hari ini.

Mengulas lanjut, MetMalaysia berkata, hujan dijangka boleh berlaku sekitar pedalaman Kelantan dan juga Pahang serta dijangka berterusan hingga awal malam nanti.

“Hujan juga diramal boleh berlaku di pedalaman dan utara Sarawak serta pedalaman dan di Tawau, Sabah sehingga ke awal malam nanti,” katanya.

Sementara itu, rantau angin ketika ini menerima angin dari arah timuran dengan kelajuan yang agak kencang melebihi 40 kilometer sejam.

“Oleh itu, MetMalaysia masih mengekalkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, kedua dan ketiga melibatkan kawasan Condore, Reef North, Reef South, Layang-Layang, Bunguran dan Palawan.

“Amaran ini berkuat kuasa sehingga 11 Februari dan juga berbahaya kepada semua bentuk aktiviti perikanan, perkapalan, sukan dan rekreasi laut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN