fbpx
KAPTEN Kuching City, James Okwuosa (tengah) pasti dihimpit perasaan bercampur baur apabila melakukan kesilapan hingga menghasilkan gol tunggal DPMM FC. - MFL

Piala Malaysia: The Cats raih bekal dua gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Dua kesilapan mudah mewarnai kemenangan 3-1 Kuching City ke atas DPMM FC pada aksi pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.

Kelebihan dua gol kali ini beri kelegaan buat The Cats yang akan bermain di Stadium Negeri pada perlawanan timbal balik, 14 Februari ini.

Mengambil kira kualiti yang ada pada Kuching City, tuan rumah dilihat lebih nenerapkan pendekatan selamat apabila banyak menumpukan kepada kerja mengukuhkan benteng pertahanan.

Selepas muncul pasukan yang lebih baik dalam aspek kawalan permainan, minit ke-39 The Cats akhirnya berjaya merobek gawang DPMM FC menerusi Jerome Mpacko Etame.

Skrip berbeza di awal separuh masa kedua yang menyaksikan DPMM FC tampil lebih garang dan kesilapan James Okwuosa pada minit ke-50 memastikan jaringan saguhati buat tuan rumah.

Bagaimanapun, selang 14 minit selepas itu giliran DPMM FC dipalit kecewa kerana kesilapan pemain sendiri selepas penjaga golnya, Haimi Nyaring gagal mengeluarkan bola depan baik sebelum memasuki gawang sendiri.

Walaupun cuba menggandakan usaha bagi memburu gol penyamaan, tuah nyata berpihak kepada pelawat yang memperoleh gol ketiga menerusi penyudah sempurna Ramadhan Saifullah pada minit ke-83. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN